PENUBUHAN ORGANISASI

Sejarah Penubuhan Koperasi Pekebun Kecil Daerah Larut Matang Berhad

Pada awal tahun 1970an pekebun kecil hanya dikumpulkan dibawah satu entiti dikenali sebagai PMGB(Pussat memproses Getah Berkelompok). Aktiviti yang dijalankan antaranya ialah memproses lateks menjadi getah keping. menerusi PMGB, RISDA mnyediakan infrasturktur dan latihan kepada kumpulan pekebun kecil. RISDA sebagai pemangkin dan penggalak kepada aktiviti koperasi seperti elemen kebajikan, perkhidmatan, rebet, dan penyertaan. 

Pada akhir tahun 1970an, konsep PMGB ditukar kepada konsep PPPK(Pusat Pembangunan Pekebun Kecil). Menerusi konsep ini, aktiviti di PPPK tidak lagi tertumpu kepada memproses lateks dan dijual secara individu tetapi juga menumpukan kepada aktiviti pengembangan RISDA iaitu ekonomi dan sosial.

Namun begitu, kumpulan pekebun kecil masih tidak bernaung di bawah mana-mana undang-undang perniagaan di negara ini. RISDA mengambil langkah inisiatif iaitu mengajukan dan mengalakkan pekebun-pekebun kecil menerima konsep koperasi. RISDA adalah satu badan yaang bertanggungjawab bagi penubuhan Koperasi Pekebun Kecil dan telah mendaftarkannya di bawah Jabatan Pembangunan Koperasi

Keahlian dan saham pada masa penubuhan KPK Larut Matang Berhad dalam tahun 1981 adalah seperti berikut:  

Ahli terdiri daripada pekebun kecil individu =25, 156 orang

Saham terkumpul = RM 87, 420

Purata Saham = RM 3.57 seorang