Monday, February 5, 2018

HALAMAN UTAMA

  Koperasi Pekebun Kecil Daerah Larut Matang Berhad atau KPK Larut Matang terletak di Bandar Taiping merupakan salah sebuah koperasi daripada 60 buah cawangan Koperasi Pekebun Kecil di seluruh Malaysia. KPK Larut Matang telah beroperasi pada 31 Mac 1981 yang mana pada ketika itu KPK hanya mempunya 4 orang pekerja yang terdiri daripada seorang pengurus, seorang kerani, seorang pemandu lori, dan seorang kelindan.

        Lokasi awal organisasi ini bermula di Asam Kumbang, kemudian berpindah ke beberapa tempat dan akhirnya mempunyai bangunan sendiri iaitu pada Januari 2015 bertempat di No.34,Tingkat bawah, Bangunan Koperasi Guru, Jalan Kg. Jambu 4, Medan Koperasi, 30000 Taiping, Perak.