PERATURAN MESYUARAT

   PERATURAN  MESYUARAT AGUNG

                

Peraturan Tetap Mesyuarat



1. Perhimpunan
    Anggota-anggota mestilah berhimpun pada tarikh, tempat dan waktu serta bersurai pada
    waktu sebagaimana yang ditentukan di dalam agenda Mesyuarat Agung.

2. Pendaftaran
       Anggota-anggota hendaklah mendaftarkan nama mereka di dalam buku / senarai 
       pendaftaran  yang telah disediakan sebelum masuk ke dalam mesyuarat.

3. Menentukan siapa yang patut bercakap
     Setiap anggota yang bercakap berdiri dengan terlebih dahulu menyebut nama dan nombor
     anggota .Jika terdapat lebih daripada seorang hendak bercakap, anggota yang mula-mula
     mengangkat tangan mestilah diberi keutamaan.Bagaimanapun keputusan ini bergantung
     kepada pengerusi.

4. Keputusan pengerusi
    Jika pengerusi meminta seseorang anggota agar mematuhi peraturan, anggota yang 
    sedang bercakap itu hendaklah duduk dan anggota lain tidak boleh bercakap sehingga
    pengerusi berhenti bercakap. Keputusan pengerusi dalam semua perkara adalah 
    muktamad.

5. Gangguan
    Seseorang anggota enggan mematuhi perintah pengerusi atau yang menyebabkan
    kekecohan ianya hendaklah dikeluarkan daripada dewan mesyuarat dan ianya tidak boleh 
    dibenarkan masuk semula sehingga ia melafazkan penyesalan dan meminta maaf. 
    Seorang anggota tidak boleh meninggalkan dewan mesyuarat tanpa kebenaran pengerusi.

    Seorang anggota tidak boleh bercakap kecuali berkenaan dengan suatu perkara yang 
    sedang diperbincangkan. Setiap anggota hanya boleh bercakap sekali sahaja dalam satu-
    satu perkara melainkan jika ia terpaksa memberi jawapan yang diarahkan oleh pengerusi.
    Apabila seseorang anggota bercakap terkeluar daripada tajuk perbahasan, anggota
    ini boleh diberhentikan serta-merta oleh pengerusi.

6. Pertanyaan atau cadangan
    Sebarang cadangan atau pertanyaan yang tidak termasuk di dalam laporan tahunan, tidak
    boleh dikemukan di dalam mesyuarat agung. Pertanyaan dan cadangan yang seumpama 
    itu hendaklah dikemukan dengan sekurang-kurangnya seminggu sebelum mesyuarat
    berlangsung. Bagaimanapun pengerusi boleh menuntut budi bicaranya membenarkan hal-
    hal yang seperti itu dikemukan.

7. Hak mengundi
    Hak mengundi bagi lantikan anggota-anggota lembaga hanya kepada anggota-anggota
    yang hadir sahaja dan yang mendaftarkan nama dalam buku / senarai kehadiran. 
    Mengundi dengan undi (proxy) tidak dibenarkan.

    Peraturan tetap ini tidak boleh dipinda melainkan dengan persetujuan 2/3 (dua pertiga)
    daripada anggota-anggota yang hadir dalam mesyuarat agung.